Ini adalah pertama kali saya mengemaskini blog saya selepas lebih kurang 1 tahun+-....
Wow.. lama juga oh.. :p
Mungkin kerana saya terlalu sibuk(sibuklah sangat)
Baiklah. Saya ingin membuat pengakuan mengapa saya tidak sempat mengemaskini blog ini. Kerana 1 permainan online(MMPORG game). Mau tau apa itu MMPROG game?
Check website ini What is MMPROG Game? Game yang saya maksudkan ialah Battle Of The Immortal.
Antara gambar-gambar permainan online ini:
Sebenarnya saya mula berjinak-jinak dengan permainan online lebih awal daripada tarikh terakhir saya mengemas kini blog ini. Tetapi setelah bermain beberapa minggu saya mendapati permainan ini sangat menarik. Antara daya tarikan game ini:
1. Permainan ini melibatkan banyak pemain daripada seluruh dunia
2. Free game
3. Ada banyak kawan di IPG yang bermain
4. Permainan yang mencabar dan memerlukan nasib(luck) semasa bermain.
5. Permainan yang tidak pernah saya main sebelum ini.
Akhirnya saya ketagih. Seperti seorang yang ketagih rokok(malah lebih teruk) Setiap hari saya bermain lebih kurang 8-12 jam(serius!) Ada kalanya saya online game ini sambil (AFK)-away from keyboard sehingga 24 jam!Ya. Permainan ini menyebabkan saya gembira, sedih, marah, kecewa, dan sebagainya. Membuatkan saya seperti orang yang sedang bermain dalam game tersebut.(fanatik) Akhirnya permainan ini memberi kesan negatif kepada saya sendiri.
Antaranya:
1. Lupa masa makan, minum, mandi, tidur
2. (Di rumah) Jarang berborak-borak bersama keluarga. Kecuali membuat kerja contohnya, di sawah dan kebun. lol
3. (Di IPG) Kurang bersosial dengan rakan. Sampai rakan-rakan saya sendiri yang bagitau kenyataan itu dengan saya. Saya sedar perkara ini tapi saya x endahkan. Game DOTA dilupakan!
4. Kurang bersukan lalu menyebabkan kurang sihat.
5. Masa bermain game lebih banyak berbanding belajar. Pointer menurun selama 2 semester!
6. Tidak berminat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang diadakan di IPG dan di kawasan kampung.
7. Sentiasa stress memikirkan tentang game tersebut apabila berada di tempat yang jauh dari (laptop).
Nah! Rasanya 7 kesan ini sudah cukup memberi kesan yang tidak baik untuk diri saya.Sebenarnya banyak lagi kesan-kesan negatif tu tapi saya lupa.Setelah bermain permainan ini selama hampir 2 tahun, saya mula menyedari kesan-kesan tersebut. terutamanya dari segi kesihatan, sosial dan keputusan peperiksaan. Akhirnya saya cuba mengurangkan masa bermain saya dan mendapati semuanya secara perlahan-lahan menjadi normal. Saya mula bersosial kembali seperti dahulu dengan keluarga dan rakan-rakan. Keputusan peperiksaan saya pada semester lalu meningkat dengan sangat baik!Oleh itu mana satu pilihan saya, samaada berhenti bermain permainan tersebut atau teruskan! Anda boleh tentukannya. :)
Kesimpulannya, permainan online MMPROG tidak baik untuk seorang pelajar. Kepada pembaca di luar sana, jangan cuba berjinak-jinak dengan permainan seperti ini. Secara jujurnya saya menyesal kerana mula bermain permainan ini. Main tu memang boleh tetapi kita kena sentiasa berwaspada dengan had bermain kita. Jangan sampai kesihatan dan sosial anda terjejas!
Sekian itu sahaja luahan saya pada kali ini walaupun agak mencarut sedikit dan saya akan cuba mengemas kini blog ini dalam masa yang terdekat ini. Bye2