Tuesday, June 28, 2011

BMM 3103

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi

 Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
 Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.
PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
TEMA : PENGALAMAN
  1. KOMPETENSI ASAS
  2. INDIKATOR
  3. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
 Kegiatan Awal
 Kegiatan Inti
 Kegiatan Akhir
  1. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
  2. PENILAIAN
i.KOMPETENSI ASAS
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah
ii. INDIKATOR
• Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup
iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
  1. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi
B. KEGIATAN Inti
1. Menyapa teman sebaya dengan sopan
2. Membuat kalimat sapaan(lisan)
3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
4. Membuat kalimat Tanya dengan betul
  1. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
iv. METODE, SUMBER, MEDIA
a) METODE
1. Soal Jawab
2. permainan bahasa
b) SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema)
c) MEDIA
1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata
v. PENILAIAN
  1. Lisan
  2. Bertulis
  3. Perbuatan
  4. Portfolio
Ciri-Ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran
1) KAEDAH JIGSAW
2) KRITIKAN TERBUKA
3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN
KAEDAH JIGSAW
· Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
· Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
· Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif .
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan
KRITIKAN TERBUKA
· Membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
· Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
· Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
· Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:
1)Intonasi dan kejelasan suara,
2)Keyakinan diri di khalayak ramai,
3)Kelancaran bahasa,
4) Penampilan,
5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.
· Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
· Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.
· Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.
PENILAIAN RAKAN KUMPULAN (PRK)
· Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama.
· Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
· Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajardalam menyiapkan kerja kursus.
· Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.
PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK
BROSUR :
- Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu
GRED
KRITERIA
LEMAH (0-5)
SEDERHANA (6-8)
CEMERLANG (9-10)
FUNGSI
Reka bentuk dan paparan yang salah.
Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yangbaik, jelas, dan tidak mengandungi kesalahan.
ILUSTRASI
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadarmencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.
KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
POWER POINT
· Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.
· Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional.
· Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.
· Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.
Matlamat dan Objektif
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan pembelajaran kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif
Melalui pembentangan isi
· Topik yang disampaikan
· Idea
· Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai dengan audiens
· Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan
Cara penyampaian kepada audiens
· Berkeyakinan
· Tidak membaca paparan sepenuhnya
· Memahami topik yang dibincangkan
· Dapat memahami kemahuan audiens
· Sesuai dengan golongan sasar
· Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif
· Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)
Aspek Penilaian Adalah Seperti Berikut
  1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
  2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
  3. Ketepatan isi kandungan
  4. Kelengkapan laporan
  5. Cara penyampaian maklumat
  6. Keistimewaan persembahan
  7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
  8. Masa terhad untuk persembahan.
RISALAH
  • Persembahan yang menarik
    • Pemilihan isi yang menarik
    • Topik yang menarik
    • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
    • Ringkas dan padat
    • Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
    • Menarik perhatian
    • Rekaan yang sesuai
    • Mengetahui golongan sasar yang difokus.
HALAMAN SESAWANG : WEB
  • Persembahan rekaan
    • Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
    • Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
    • Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
    • Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
    • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
    • Mempunyai maklumat tambahan
    • Mempunyai jaringan yang luas

Friday, June 17, 2011

TAMADON + GOMBUNAN = TAMBUNAN

Kali ini sy mo bercerita.. hehe

Pada suatu masa dahulu...Di satu kawasan di Sabah.. Kawasan tersebut hanya dipenuhi oleh hutan hujan tropika. Terdapat banyak haiwan liar dan tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya. 

Sehinggalah pada suatu hari, datang Puak Nunukragang dari selatan meneroka kawasan tersebut  dan seterusnya beberapa orang dari Puak tersebut menatap di situ. Kumpulan pertama yang menatap disitu diketuai oleh seorang pahlawan Puan Nunukragang yang dinamakan Gombunan. Mereka mula meneroka dataran kawasan tersebut yang sangat subur . Kaum perempuan menanam tanaman, contohnya padi huma, jagung, ubi kayu, dan sebagainya. Manakala kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan memburu binatang liar contohnya, babi hutan, rusa,burung dan sebagainya. Apabila penduduk di kawasan tersebut semakin bertambah, banyak kawasan di tempat tersebut dibersihkan untuk diusahakan. Penduduk di kawasan tersebut menggelarkan diri mereka Orang Dataran. Tahun demi tahun, mereka bertambah maju dan aman damai dan harmoni di bawah pimpinan Gombunan.

Namun.... Keamanan di kawasan tersebut berakhir apabila sekumpulan pahlawan ganas dari Puak Tonsundung yang datang dari kawasan bukit bukau dari timur kawasan Sabah menyerang Orang Dataran. Pahlawan ganas tersebut telah memusnahkan tanaman, harta benda malah membunuh sebahagian daripada penduduk kawasan tersebut. Gombunan dan pahlawannya tidak berdiam diri melawan balik Puak Tonsundung tersebut. Mereka barjaya menghalau pahlawan ganas tersebut.

Puak Tonsundung marah dan merancang untuk membalas dan membunuh Gombunan. Pada suatu hari, lebih kurang 30 orang dari Puak Tonsundung berjaya menangkap Gombunan ketika Gombunan bersendirian di ladangnya. Gombunan akhirnya dibunuh. Puak Tonsundung mencincang-cincang badannya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan. Kepala Gombunan digantung pada tiang untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mantera dan memperolokan kematian ketua Orang Dataran.

Orang Dataran berkabung beberapa hari setelah mengetahui kematian ketua mereka sebagai tanda menghormatinya dan bersumpah untuk membalas dendam atas kematian Gombunan. Untuk mengenang jasa Gombunan, mereka menamakan puak mereka sebagai Puak Gombunan dan menamakan penempatan mereka itu GOMBUNAN...

Pada masa yang sama... satu lagi puak iaitu Puak Tamadon datang berhijrah  ke kawasan tersebut. Mereka berasal dari kawasan bukit bukau di sebelah barat. Puak Tamadon sangat ramah dengan Puak Gombunan. Akhirnya, Puak Tamadon dan Puak Gombunan bergabung untuk menentang Puan Tonsundung.

Puak Tonsundung telah merancang untuk membunug semua Puak Gombunan. Sampai sahaja masanya, Puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka. Mereka sangat terkejut apabila melihat bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai. Maka satu pertempuran yang dasyat berlaku. Lebih setengah pahlawan Puak Tonsundung terbunuh. Puak Tonsundung yang terselamat melarikan diri ke timur. Hanya sedikit sahaja pahlawan Puak Tamadon dan Gombunan yang menbgalami kecederaan.

Bagi meraikan kemenangan mereka, satu pesta telah diadakan secara besar-besaran. Makanan dan minuman(tapai) dihidangkan dengan banyaknya. Kemuncak upacara itu ialah, mereka menamakan semula kawasan penempatan mereka. Selepas mendapat persetujuan orang-orang tua kedua-dua pihak, TAM diambil dari nama Puak Tamadun, dan Bunan diambil daripada Nama Puak Gombunan. Dengan itu wujudlah sebuah daerah yang dinamakan TAMBUNAN sehingga sekarang... Yeah!!!!

Daerah kelahiran saya... Saya bangga menjadi orang TAMBUNAN.. :)





Thursday, June 16, 2011

Pencil and Eraser Story



Pencil : You know,I'm really sorry.
Eraser : Sorry for what?You didn't do anything wrong!
Pencil : Well,every time when i make mistake,you will b there to erase my mistake. But,as time pass by,part of u r gone.
Eraser : You see,I'm made to do this. Even though i know one of these day I'll b gone,and u have to replace me with another.I'm still happy to do this job.So don't b sad!It worries me!
This is how true friends supposed to b like...

Ongkor And The Crush

A helicopter suddenly crashed and out of the wreckage crawled Ongkor, badly hurt but still in one piece.  Unfortunately though, two other passengers and the pilot died.
The air crash investigator asked Ongkor, “Encik ada apa-apa maklumat, bagaimana helikopter ini jatuh?”
(“Do you have any information on how did the helicopter crash?”)
Ongkor thought for a few minutes and responded, “Emmm…anu bah, talampau sejuk sudah di dalam dia, saya bagagar-gagar sudah, jadi saya kasi mati itu kipas basar di atap”
(“The things that I remember, It was becoming too cold in the cabin, so I switched off the ceiling fan!”

lol.......!!!
Credit to gunsirit.com.... :)