Friday, June 17, 2011

TAMADON + GOMBUNAN = TAMBUNAN

Kali ini sy mo bercerita.. hehe

Pada suatu masa dahulu...Di satu kawasan di Sabah.. Kawasan tersebut hanya dipenuhi oleh hutan hujan tropika. Terdapat banyak haiwan liar dan tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya. 

Sehinggalah pada suatu hari, datang Puak Nunukragang dari selatan meneroka kawasan tersebut  dan seterusnya beberapa orang dari Puak tersebut menatap di situ. Kumpulan pertama yang menatap disitu diketuai oleh seorang pahlawan Puan Nunukragang yang dinamakan Gombunan. Mereka mula meneroka dataran kawasan tersebut yang sangat subur . Kaum perempuan menanam tanaman, contohnya padi huma, jagung, ubi kayu, dan sebagainya. Manakala kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan memburu binatang liar contohnya, babi hutan, rusa,burung dan sebagainya. Apabila penduduk di kawasan tersebut semakin bertambah, banyak kawasan di tempat tersebut dibersihkan untuk diusahakan. Penduduk di kawasan tersebut menggelarkan diri mereka Orang Dataran. Tahun demi tahun, mereka bertambah maju dan aman damai dan harmoni di bawah pimpinan Gombunan.

Namun.... Keamanan di kawasan tersebut berakhir apabila sekumpulan pahlawan ganas dari Puak Tonsundung yang datang dari kawasan bukit bukau dari timur kawasan Sabah menyerang Orang Dataran. Pahlawan ganas tersebut telah memusnahkan tanaman, harta benda malah membunuh sebahagian daripada penduduk kawasan tersebut. Gombunan dan pahlawannya tidak berdiam diri melawan balik Puak Tonsundung tersebut. Mereka barjaya menghalau pahlawan ganas tersebut.

Puak Tonsundung marah dan merancang untuk membalas dan membunuh Gombunan. Pada suatu hari, lebih kurang 30 orang dari Puak Tonsundung berjaya menangkap Gombunan ketika Gombunan bersendirian di ladangnya. Gombunan akhirnya dibunuh. Puak Tonsundung mencincang-cincang badannya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan. Kepala Gombunan digantung pada tiang untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mantera dan memperolokan kematian ketua Orang Dataran.

Orang Dataran berkabung beberapa hari setelah mengetahui kematian ketua mereka sebagai tanda menghormatinya dan bersumpah untuk membalas dendam atas kematian Gombunan. Untuk mengenang jasa Gombunan, mereka menamakan puak mereka sebagai Puak Gombunan dan menamakan penempatan mereka itu GOMBUNAN...

Pada masa yang sama... satu lagi puak iaitu Puak Tamadon datang berhijrah  ke kawasan tersebut. Mereka berasal dari kawasan bukit bukau di sebelah barat. Puak Tamadon sangat ramah dengan Puak Gombunan. Akhirnya, Puak Tamadon dan Puak Gombunan bergabung untuk menentang Puan Tonsundung.

Puak Tonsundung telah merancang untuk membunug semua Puak Gombunan. Sampai sahaja masanya, Puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka. Mereka sangat terkejut apabila melihat bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai. Maka satu pertempuran yang dasyat berlaku. Lebih setengah pahlawan Puak Tonsundung terbunuh. Puak Tonsundung yang terselamat melarikan diri ke timur. Hanya sedikit sahaja pahlawan Puak Tamadon dan Gombunan yang menbgalami kecederaan.

Bagi meraikan kemenangan mereka, satu pesta telah diadakan secara besar-besaran. Makanan dan minuman(tapai) dihidangkan dengan banyaknya. Kemuncak upacara itu ialah, mereka menamakan semula kawasan penempatan mereka. Selepas mendapat persetujuan orang-orang tua kedua-dua pihak, TAM diambil dari nama Puak Tamadun, dan Bunan diambil daripada Nama Puak Gombunan. Dengan itu wujudlah sebuah daerah yang dinamakan TAMBUNAN sehingga sekarang... Yeah!!!!

Daerah kelahiran saya... Saya bangga menjadi orang TAMBUNAN.. :)





7 comments:

  1. cantik tak kawasan tambunan ni ardy...

    ReplyDelete
  2. Tambunan the best mah.....hidup tambunan

    ReplyDelete
  3. sy sdg buat kerja kursus sejarah mengenai pemerinthn gmbunan . . .pda tahun bila kah kwujdn pmrintahn Gmbunan???

    ReplyDelete
  4. Tahun 2019 adalah segelintir puak suluk cakap nama Tambunan tu asal dari Nama perkataan suluk, kick gam betul

    ReplyDelete