Pengukuhan Negatif
Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif.
Pengukuhan Negatif
Tingkah Laku | Kesan/Akibat | Tingkah laku Masa Hadapan |
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya | Guru menegur pelajar | Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya |
Pengukuhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual pengukuhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual pengukuhan ini meliputi pengukuhan berterusan, pengukuhan berkala tetap, pengukuhan berkala berubah, pengukuhan berkala nisbah tetap dan pengukuhan berkala nisbah berubah.
Jadual Pengukuhan
Jadual Pengukuhan
Pengukuhan | Maksud | Contoh | Bentuk Gerak Balas | Tindakan apabila peneguhan diberhentikan |
Peneguhan berterusan. | Peneguhan diberi selepas setiap gerak balas. | Menonton televisyen | Cepat memberi kesan. | Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dengan cepat. |
Peneguhan berkala tetap (fixed-interval) | Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yang ditetapkan. | Kuiz mingguan | Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan. | Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlalu. |
Peneguhan berkala berubah (variable- interval) | Peneguhan selepas jangka masa berubah- ubah. | Pop kuiz | Pelajar akan lambat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan. | Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan. |
Peneguhan berkala nisbah tetap (fixed-ratio) | Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yang telah ditetapkan. | Kerja yang dibayar mengikut kadar. | Cepat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan. | Tiada nilai peneguhan dimana peneguhan hilang nilainya bila kerap diberikan peneguhan yang sama. |
Peneguhan berkala nisbah berubah (variableratio) | Peneguhan selepas beberapa bilangan gerak- balas yang berubah-ubah. | Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya. | Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walau pun peneguhan tidak diberikan. | Kekal tinggi. |
Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan.
Tingkah Laku | Kesan/Akibat | Tingkah laku Masa Hadapan |
Pelajar membuat bising dalam kelas | Gurumemberi amaran kepada pelajar | Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas |
Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).
Dendaan Persembahan | Dendaan Penyingkiran |
Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan. | Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik. |
n3 yang menarik.... Tahniah.
ReplyDelete