Friday, November 5, 2010

Ranjau Sepanjang PPISMP-oleh RD :)


Wah... Exam tinggal 3 kertas lg.. Kertas seterusnya ialah pada 10,11 dan 15 November iaitu PJK, PSV dan BM 2. Lepas tu cuti.. X perasan pula saya sudah menghabiskan Program Persediaan Ijazah  Sarjana Muda Perguruan dan tahun depan masuk PISMP. Di sanalah bermulanya cabaran serta perjuangan untuk menjadi guru yang sebenar. Sepanjang 1 ½ tahun ni, banyak perkara yang telah saya lalui. Ada yang menggembirakan, mendukacitakan, dan ada yang mendebarkan..... Tidak pernah dapat saya lupakan dari awal pengambilan kami ke dalam Program Persediaan ini sehingga sekarang. Terutamanya semasa orientasi. Pada awalnya, saya ingatkan saya akan dikeluarkan dari IP ini disebabkan oleh kesalahan kecil sahaja.. Haha. Rupanya senior buat kejutan Hari Jadi pula.. Betul-betul sangat mengharukan...

 Semasa Orientasi


Banyak aktiviti yang telah kami buat sepanjang tiga semester ini.. pada semester 1 kami menjalankan aktiviti rekreasi bersama tutor kami iaitu Puan Norhayati(umi kami) di Air Terjun Mahwa, Tambunan(daerah kelahiran saya.. hehe) Walaupun ianya bukan kali pertama saya pg ke sana, tetapi pg ke sana bersama rakan adalah sangat berlainan berbanding pg ke sana sendiri sahaja.. Haha..
 Di Mahwa

Bergambar bersama rakan sekelas, umi, serta senior KPLI.. Hehe

Semester 2 pula, semester yang paling mencabar di mana banyak aktiviti yang dijalankan dan ianya menuntut kebijaksanaan kami dalam perancangan masa... Mengikuti persembahan koir, main muzik, banyaklah.. hehe. Ujian amali PSV adalah ujian yang sangat mencabar dalam semseter itu. Pernah sekali kami tidak tidur sehari hanya kerana untuk menyiapkan kerja amali kami iaitu cetakan. Walau betapa susahnya ujian itu, ujian itu tetap juga suatu pengalaman yang menarik dan memberi banyak nilai yang baik kepada kami. 

 Semasa persembahan Koir

 Sempat bergambar di helikopter.. haha

Semasa amali PSV.. Cetakan

Semester 3, Semester yang paling banyak aktiviti. Aktiviti yang paling banyak ialah aktiviti bersama tutor. Antaranya ialah menyambut hari jadi rakan sekelas iaitu, saya, Ily, Wawa, Loqman, Fatin, dan Daisy di rumah tutor(umi). Aktiviti ini sangat menyeronokan kerana ramai palatih kelas saya yang lahir pada bulan 7(termasuk saya.. hehe).  Selain itu, kami sekelas bersama umi juga telah melawat ke Lagud Seberang. Kebetulan hari itu Pesta Bunga telah diadakan di taman tersebut, dan kami sempat untuk menaiki kereta api mini, bermain basikal dan banyak lagi.
 Sambutan Hari Jadi di Rumah Umi

 Tiba di Lagud Seberang

 Hehe

 Arca burung yang dihasilkan berasaskan bunga(mengagumkan)



Kumpulan koir yang saya sertai di IPG iaitu kumpulan Vivace Forte telah membuat persembahan koir sempena hari konvo di IP. 

 koir

 Semasa membuat persembahan

Aktiviti sukan dan rekreasi/ pendidikan luar khas untuk pelatih major dan minor PJK telah dijalankan. Aktiviti ini telah memberikan kami pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan aktiviti pendidikan luar dan secara tidak sengaja kami telah menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pendidikan luar ini. Aktiviti ini sangat mencabar dan menyeronokan kerana ianya menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan social (JERIS). Saya juga telah belajar untuk bekerjasama dan memupuk semangat setiakawan dalam diri. Antara aktiviti yang sangat mencabar itu, ialah akitviti air iaitu menyeberang sungai dengat berpaut dengan tali, aktiviti abseiling, ikhtiar hidup dan orieentering(belajar menggunakan kompas).

Bergambar bersama timbalan pengarah serta pensyarah PJK
 
 Khemah saya, Don dan Dominic..
 
kumpulan kami ditugaskan untuk memasak.. :)
 
 Semasa aktiviti air

Abseiling

Ikhtiar hidup
 
Di samping itu, kami juga telah mengadakan satu pesta seni yang bertemakan Art and Recycle sebagai amali kami iaitu pelatih yang mengambil minor dalam PSV bersama dengan pelatih major PSV. Sebelum pameran bermula kami telah menerima tugasan untuk menghasilkan 4 jenis karya seni visual iaitu arca mobail(individu), arca stabail(kumpulan) arca asemblaj(kumpulan), dan wau. Akhirnya pesta seni ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 

 Pelajar sekolah rendah juga menghadiri pesta tersebut

Penjaga kehadiran.. haha
 hehe

Sempena Bulan Bahasa, kelas kami iaitu major BM telah diberi kepercayaan untuk menguruskan aktiviti bulan bahasa iaitu mengadakan pertandingan serta menguruskan malam kemuncak bulan bahasa dengan bantuan tutor/umi kami yang tersayang serta senior. Saya serta rakan sekelas yang lain tidak ketinggalan untuk mengikuti pertandingan yang kami sendiri adakan. Antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu tradisional, puisi dan gitar, forum, sajak, dan yang paling menarik ialah pentomin.

Forum
 Semasa latihan forum
Askar Jepun

Meraih kemenangan.. :)
 
Aktiviti yang paling menyeronokan dalam semester 3 ini ialah lawatan kelas kami bersama tutor ke Ranau. Aktiviti tersebut telah dijalankan sepanjang 2 hari 1 malam. Kami telah menyewa sebuah chalet di Sungai Biru. Pada hari pertama kami telah melawat ke Poring. Saya serta rakan sekelas telah bermandi-manda serta menikmati keseronokan berendam di kolam air panas Poring(air panas yang telah dicampur dengan air sejuk) hehe.. Di samping itu, kami juga berpeluang meniti titian konopi di sana. Hari kedua pula, kami telah pergi ke National Park, dan juga Memorial Park(kundasang). Kami juga merasa betapa sejuk serta segarnya berada di kaki Gunung Kinabalu. 

 Gunung Kinabalu

 Memorial park

 Atokoi.. :)

 Hormat!! :)

 National Park
 Titian Konopi

 Poring, Ranau
 Syoknya mandi air panas... Hahaha

 Wahhhh...

 Memorial Park

Beli cendera kenangan

Aktiviti lain-lain 

Tarian semasa Malam Senandung Sastera

Beraya di rumah Hasyir

Terdapat banyak lagi aktiviti yang kami telah lakukan selain dari yang telah saya ceritakan.. :)

Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa opsyen kami iaitu BM/PJ/PSV adalah opsyen yang sangat sibuk dan paling banyak aktiviti kerana kami mempunyai 3 jenis amali iaitu amali Bahasa Melayu, PJK, dan PSV. Walaupun dalam kesibukan ini, kami tetap berasa sangat gembira menjalaninya kerana melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari banyak perkara, mendapat pengalaman serta menjadikan saya lebih dewasa. Selain itu perkara atau aktiviti yang tidak saya sukai serta belum pernah saya lakukan(semasa sekolah menengah) telah menjadi aktiviti yang sangat menyeronokan.

Kini, PPISMP saya telah melalui PPISMP di IPG Kampus Keningau ini. Semua pengalaman itu tidak akan saya lupakan. Cuti pun menjelang tiba. Tapi bila cuti tu, xtau pula aktiviti yang akan dilakukan. Jalan-jalan, reunion ngan kawan,dan yang paling penting, Krismas..!! hehe.. Harap cuti ni akan menjadi cuti yang sangat bermakna. Ok. Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Nantikan pembaharuan blog saya pada masa akan datang. Selamat berjaya dalam peperiksaan dan jaga diri.. Bye2.. :)

 

No comments:

Post a Comment